Rakaman Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik

Rakaman Lagu Terbaik ialah salah satu kategori sokongan diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana sebuah piala berbentuk trofi mikrofon diberikan kepada pasukan produksi rakaman album studio oleh rakyat Malaysia bagi studio yang mencapai merit dan kualiti yang ditetapkan dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada jurutera bunyi dan artis rakaman secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).